Saturday 16 February 2013

  • SKMM Kompaun Lebih 12 Syarikat Untuk SMS Spam

    SKMM Kompaun Lebih 12 Syarikat Untuk SMS Spam – Termasuk Celcom Axiata

    Sebelum ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) telah memberi amaran beberapa kali kepada syarikat-syarikat telco dan penyedia kandungan mudah alih mengenai SMS Spam yang sering dihantar terutama sekali oleh penyedia kandungan mudah alih.Antara SMS SPAM yang dihantar kepada pengguna telefon ialahberbentuk Lucah, Tawaran Palsu dan sebagainya.

    Menurut laporan yang dikeluarkan oleh SKMM minggu lepas, sebanyak 12 syarikat termasuk syarikat telco,Celcom Axiata telah dikenakan kompaun sebanyak 
    RM260,000.Menurut SKMM, langkah yang diambil adalah berdasarkan kepada mereka yang gagal mematuhi garis panduan utama yang disediakan oleh SKMM, seperti menyertakan informasi berkenaan harga SMS pada permulaan, menggunakan bahasa yang mudah difahami, dan menyediakan cara mudah untuk nyah-langgan sesuatu kandungan SMS.
    SKMM - Kompaun SMS SPam

    SUMBER RUJUKAN : AMANZ.MY

  • 0 comments:

    Post a Comment

    Copyright @ 2013 myhyazid blog.